Blogger Templates

kenangan yang tidak akan luput dalam ingatanku !

Wednesday, May 11, 2011

10 kenderaan Berlanggar di Jempol


JEMPOL - Tiga lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 
10 kenderaan di Kilometer 1, Jalan Bahau-Kemayan, 
berhampiran persimpangan lampu isyarat di landasan kereta api 
Bahau, di sini, semalam.




Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori
membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit,
dipercayai kerana brek gagal berfungsi.

Akibatnya, lori berkenaan merempuh sembilan kenderaan lain
membabitkan dua lori, tiga kereta, sebuah kenderaan pacuan
empat roda dan tiga motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Mereka yang meninggal dunia adalah seorang penuntut
Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noorazman, 20,
yang terperosok di bawah lori berkenaan,

Dua lagi yang meninggal dunia adalah pemandu lori,
Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45,
yang tersepit di bahagian tempat duduk depan lori terbabit.

Sepasukan anggota bomba tiba dengan sebuah jentera dari
Balai Bomba dan Penyelamat Bahau serta
berusaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Beberapa pengguna kenderaan di situ turut membantu anggota
bomba menyelamatkan mereka yang terlibat.




apittt !!!! kenapa jauh sgt kau tercampak !!
kenapa jauh sungguh jarak kau dgn ipoh ??
macam mana semua nie boleh terjadi apit .... !!!
aku sayang kau pit .. kau selalu pandang2 aku je 
sebelum kau xcident nie ..
aku perasan perubahan kau . cuma aku malaz nak tegur ...
dlm fikiran aku mybe kau ada masalah  . 
tp kerap kali kau tenung2 aku !
kenapa pit ?? apa yg bermain dlm fikiran kau bila 
kau pndang muka aku ??!!
hujung dalam gamba nie ipoh pit .. kau cam tak ??

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad
berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Mahsan,
di sini, gagal mengawal kenderaannya ketika sampai di lampu isyarat,
di landasan kereta api.

Beliau berkata, tiga penunggang motosikal dan seorang pembonceng
tidak sempat mengelak menyebabkan kesemua mereka
tercampak di atas jalan raya, manakala seorang penunggang
terperosok di bawah lori berkenaan.

Menurutnya, kesemua yang maut mengalami cedera parah di
kepala dan badan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penunggang, pembonceng motosikal yang cedera dikejarkan
ke Hospital Jempol. Sementara, beberapa pemandu
kereta hanya cedera ringan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat
sebelum dituntut keluarga masing-masing, semalam.



sayang aku di tempat kejadian ..
ya allah hati aku nie hanya tuhan je yg taw betapa 
risaunya aku terpada mu
jika bby taw nie lah jadi nya bby ta kan izinkan cyg keluar !
beby perasan tiap kali cyg selalu pesan memesan kat bby 
tp bby ta sgka bnde nie nak jd
hari2 cyg selalu ckp pasal mati2 .. beby tak suka taw ta !!
dan cyg selalu ckp bg la syg nak dekat ngan 
bby nanti cyg ta de mcm mana 
waktu to hati beby keliru sgt2 kenapa syg boleh 
bersikap demikian 
rupanya nie lah petunjuk yg allah beri pada beby !!


deng !! kenapa semua nie terjadi ? 
aku tak sangka deng .. aku sayang kau 
aku sayang arwah wan babe ! 
belakang kau to wan deng !! dlm gamba nie aku cuma 
nmpak kaki die je ..
berderaunya hati aku nie ble dengar kowng xcident !!
kau selalu nyakat aku ta kira kat kolej ke kat rumah sewa ke 
kat mana saja kau suka bahan aku 
kdg2 aku rimas jugak ngan pagai kau . but kau mmg best la !
tp aku diam je aku taw to pagai kau ! bila semua nih jadi 
fikiran aku buntu weyh !
aku ta taw sape akan wat aku tersenyum !
wan !!!!!!! pemergian kau membawa kesan mendalam dalam 
diriku dan rakan2 kita 
kau seorg yg ceria babe ! tanpa kau kolej kita 
dah ta da makna bg aku ..
kau mmg the best student la .
sem4 nie kau byk terlibat ngan aktiviti sukan dan lua .
smpai bertekak2 dgn aku na g tempat tuh . dan kau suka jaga aku 
bila aku bersama kau
aku mntak maap byk2 kat kau kerna aku tak dapat penuhi 
permintaan terakhir kau
kau tak putus2 mntak aku brodband !! tp aku je yg ta bg .
ta sangka kau tak dapat brodband . ermm terkilannya aku weyh !!
last kau mntak aku brodband siap merayu2 ag kat 
depan kolej jam 10 lbh .
time kita rehat .
aku ta kan lupa semua tuh !! sies nie la first time 
jiwa aku tak tenang !!!


lokasi arwah wan di letakkan sebelum di bawa ke hospital jempol 


deng di bawa keluar dari hospital jempol untuk di transfer ke 
hospital kuala pilah


keadaan syg aku di bawa keluar dari hospital jempol untuk di 
transfer ke hospital kuala pilah bersama2 deng dan apit !!


kejadian yg sentiasa segar dalam fikiran aku !!


aku baru tahu yg ada org wat blog pasal kemalangan nie .
setiap hari kejadian nie bermain dalam fikiran aku ?
kenapa kenapa ?
adakah aku ta dapat terima kenyataan apa yg telah terjadi ???
ohh tidakk ... !! kalau aku tahu benda nie nak jd
sumpah aku ta kan izinkan dowang g bahau !!!

aku sayangkan kowg sangat2 . 
kenagan kita di kolej komuniti jempol selama 2 tahun 
ta kan luput dalam ingatan aku .....

semoga roh arwah wan di tempatkan di kalangan org2 soleh 
serta diredhai oleh-Nya 
dan kepada syg aku faiz , deng dan apit .
aku sentiasa mendoakan kowg sehat cepat2 oke .
nanti bole kita amek konvo bersama2 kan ... (Y__Y)


seorang gadis menyuarakan suara hati

0 comments: